Jodoh itu Rahsia Allah.

Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. Menangis air mata darah sekali pun, bila keputusan putus di buat. Maka putuslah sesuatu hubungan itu. Itulah padahnya kepada seseorang yang tidak memikirkan negatif dan postifnya selepas putus. Akibatnya. Sudah kehilangan orang yang tersayang, orang yang berharga yang pernah wujud dalam kehidupan kita. Sifat cemburu, pentingkan diri sendiri perlu diketepikan. Allahuakbar. Bila difikirkan balik, :')



Orang yang kahwin pun boleh cerai. Orang yang tunang pun boleh putus tunang. Apatah lagi orang yang couple, takkan tak boleh putus kan? Redha, tawakal dan kekalkan senyum. Akan ada yang lebih baik untuk orang yang baik. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Jodoh kan telah ditetapkan Allah daripada kita berumur 4 bulan lagi dalam kandungan ibu. Psst, couple yang halal adalah nikah. Pahala lagi. Jom nikah? Eh. :')


Semalam kita bergelak ketawa. Hari ni kita menangis bagai nak rak. Mana tahu mungkin esok kita akan lebih bahagia daripada hari semalam dan hari ini :') Allah itu Maha Adil. Dugaan diuji sebab Dia sayangkan kita. Kalau kita nak suami soleh, kita dulu kena jadi solehah.

2 comments: