Pengalaman GAGAL JPJ Kali Kedua

Salam semua


 Haa, terjawab dah kan azah lulus ke tak dalam JPJ kali kedua ni? Ingat tak di entri SINI azah ada ceritakan kegagalan azah pada kali pertama JPJ. kali kedua ni pun sama, azah GAGAL jugak. haha. malas nak berteka teki lagi dah. so azah nak ceritakan macam mana azah gagal kali kedua JPJ ni. kali kedua gagal JPJ ni dalam litar jugak. jalan raya dah lulus dah kali pertama JPJ, cumanya yang sangkut di litar JPJ. :(


ceritanya macam ni, macam biasa la kan pagi2 lagi akan berkumpul di tempat biasa. kalini azah dapat nombor 11 pulak. haritu dapat nombor 9. group C group REPEAT LITAR. kalau sebelum ni kami akan dengar taklimat dulu dari abam abam JPJ kan. kalini bagi yang repeat ni. tak perlu dah dengar taklimat. terus ke tempat duduk dan tunggu je borang dan start terus buat RPK dan RSM. dalam pukul 9 macam tu, taklimat untuk budak budak group A dan B tamat. so group C akan start dulu buat RPK dan RSM. macam biasalah RPK dan RSM akan lulus dengan jayanya sebab azah memang terror sungguh bab ni. hihihi.






lepas RPK dan RSM, kami kena kumpul dekat satu tempat untuk buat LITAR pulak. dalam pukul 10 macam tu, group A dah siap RPK dan RSM, tiba lah semua kumpul. kereta kereta yang nak digunakan sewaktu test pun dah "menunggu" kami :) kalau JPJ kali pertama dulu azah kecundang sebab gear dan clutch jauh. mudahan kali ni lulus la kan sebab azah dah bawak bantal sendiri. hahaa.  tibalah saat yang menggerunkan. kalau kali pertama JPJ azah dapat axia, kalini azah dapat viva pulak. okay boleh tahan lagi sebab viva dah biasa bawak.


dalam litar ni, korang akan lalui lima element baru lulus dengan cemerlang. lima element tu ialah :

1. bukit
2. parking sisi
3. parking tiga penjuru
4. bentuk S
5. bentuk Z

okay, lepas settle nombor 10, sampai la giliran azah, naik bukit, LULUS dengan jayanya. alhamdulilah. syukur kejap time tu. lepas turun bukit, parking kereta tepi jalan, berjalan ke pondok JPJ ambil result. pastu masuk terus ke laluan parking sisi, sebelum masuk parking, serahkan borang tadi ke pegawai kat pondok lain pulak. masuk je kereta, reverse kereta dengan hati-hati. alhamdulilah lulus jugak masuk parking. tu baru masuk ye. baru masuk.


dan detik detik gembira tu telah tamaaaaaaaaaaaaaaaat apabila bila nak keluar dari parking, kereta azah tiba-tiba mati enjin. kali kedua hidupkan. mati jugak. kali ketiga hidupkan, berjaya keluar TETAPI tiba-tiba encik JPJ tu panggil azah. dalam hati pelik. rasanya takde buat apa-apa salah pun. hmm.


encik JPJ: awak tau apa salah awak?
azah: tak, saya rasa okay je.
encik JPJ lukis kotak, lukis kereta dan lukis garisan
encik JPJ: kereta awak pijak garisan. bukan sikit. banyak. kalau sikit saya tutup mata je
azah: tapi saya dah keluar elok je kan.
encik JPJ terus bulatkan GAGAL dekat result keputusan. tak cakap banyak. settle.


azah pun malas nak merayu. nak mengharap pun dah malas. takpelah. sebab salah kan. kita redha je :) agak-agak kali ketiga repeat ni lulus ke tak eh? huhu. tunggu jela eh :)



17 comments:

  1. adoi azah. ni nak kayakan jpj ni repeat banyak kali hahahha

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah amin...kali ini lulus...

    ReplyDelete
  3. Alah gagal ke? huhuu T_T tak apa ^^ biasalah tu resam kehidupan *cewah pabila Hana berpalsapah! hahah ^^ btw Hana teringin nak ada lesen kereta! T_T heheh ^^ one day Inshaallah :)

    ReplyDelete
  4. takpe takpe.. nnt cuba lg tau azah...

    tapi tapi tapi...cikyan pon takut nih.. amacam ni? cikyan pon xde lesen lg nih.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Jangan giveup Azah. Cuba lagi. Sebab ika pun pernah hadapi benda yang sama macam Azah. Tapi, Alhamdulillah. Sekarang bawak kereta okay je. Macam pelesit penyamun mak ika cakap. Tapi tetap berhemah haha. Apa pun, jgn giveup.

    ReplyDelete
  6. @Mat Min bukan azah yang salah. kereta tu tak sesuai dengan azah. tetiba kan. haha

    ReplyDelete
  7. @Mizz'strawery Smile hahaha. good luck hana nanti buat JPJ. takpe hana kan xcukup umur lagi nak buat lesen. ha ah gagal. kali kedua dah, hahaha

    ReplyDelete
  8. @Nur Azian Jaafar hahaha. cikyan kena ambik lesen jugak! senang je sebenanrya. kereta tu taknak dengan azah. ahhaa

    ReplyDelete
  9. @Ika.S tq ika bagi kata2 semangat. hiks :D betul la kan. arap azah pun jadi pelesit la nnt. hahaa

    ReplyDelete
  10. Pernah jumpa orang yang repeat 7 kali test JPJ.

    Good luck!

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  11. kecewa aku jalan raya fail kali keempat aduuhh....

    ReplyDelete