Part 5 : Majlis Perkahwinan Azah Rahaman & Hadi Rahman

salam semua.

gigih counting down bila nak kahwin. HAHA


fuuu part 5 pasal kahwin azah. last part dah pasal kahwin ni. janjiiiii. hehee. punyalah nak buat kenangan kan :P okaylah, macam azah ceritakan sebelum ni, di SINI, azah ada nak buat biasa-biasa je kan tapi "kebiasaan" azah tu tak diterima orang sekeliling. haha. so kena buat jugaklah macam orang lain buat kenduri macam mana :) majlis perkahwinan azah kira paling simple dah. (rasanya kot :P)



MAJLIS AKAD NIKAH, 15 Oktober



alhamdulilah, 15 oktober 2017 kami selamat dinikahkan dalam majlis akad nikah rumah azah di kelantan. majlis yang serba ringkas dan dihadiri dengan 200 tetamu. sebelum majlis akad nikah, kami sekeluarga sependapat nak buat solat hajat. jadi selepas zohor berjemaah di masjid, ahli surau datang ke rumah azah untuk solat hajat. kebanyakkan jemaah solat hajat adalah tetamu untuk majlis akad nikah. macam azah ceritakan sebelum ni, kami dekat je so tetamunya adalah kebanyakan orang yang sama je. hehe. alhamdulilah, selepas solat hajat, pukul 3 petang, imam mukim sampai. dalam 320 petang macam tu, dengan sekali lafaz azah selamat bergelar isteri. perasaan saat ni? serious berdebar, nak nangis, takut semua ada. haha. tapi alhamdulilah mujurlah akad nikah berjalan dengan lancar.





walaupun akad nikah berjalan lancar, ada satu perkara yang azah tak suka. azah akad nikah pukul 3 petang tetapi pelamin azah dipasang pada sebelah paginya. waktu azah bertemu dengan bridal tu, dia berjanji dengan azah paling awal akan pasang pelamin pada khamis, jumaat. dan paling lewat hari sabtu. dari khamis belum pasang, jumaat belum, sabtu azah nekad whatsapp. sampai ke malam azah tunggu dan jawapannya sangat hampakan azah. apakan daya. dah pelamin bajet, terima je la walaupun lambat. tak sempat nak posing berinai di atas pelamin. huhu sedih sungguh. nasib badan. tapi syukurlah walaupun pelamin lambat pasang, tapi pelamin cantik tersergam indah. azah suka je tapi ada orang complain pelamin nampak lama. is okay :)


hari akad nikah, semuanya okay sahaja. baju pengantin azah okay cumanya baju akad nikah suami last minute ditukarkan sebab memang nampak ada kesan alter pada baju. memang tak cantik. mujurlah ada ayah saudara suami pinjamkan. alahai. nasib badan lagi. makeup azah hari akad nikah pun sangat lawa. semua orang puji dan makeup azah hari akad nikah tu pun makeup bajet. hanya rm50 sahaja sekali sesi. hehe. terima kasih akak sudi makeupkan azah :) lain-lain takde. so far, azah berpuas hati.



malam tu, sahabat baik azah dari KPMIM, fatimah, hidayah dan suhaila bermalam di rumah azah. hehe. buat kali yang terakhirnya. kuikui. lepas ni akan ada seorang pula yang menyusul azah. alhamdulilah. kahwin awal ni memang best, memang nampak seronok tapi jangan ambil kesempatan atas perkahwinan muda :) azah memang kahwin awal tapi azah tak galakkan orang lain kahwin awal.



MAJLIS PERSANDINGAN, 16 Oktober


kami akad nikah sebelah petang 15 oktober, jadi kami bersetuju majlis persandingan diadakan pada hari esoknya. seawal 7 pagi lagi, pengantin baru dah kena bangun and masuk dapur sebab kena kupas bawang. rajin kan? haha :D memandangkan kami ni buat gotong royong, so dari pagi lagi jiran sekampung datang menolong apa yang patut. bahagia sungguh rasanya kan :P betul betul dilayan bagai bidadari giteww. haha


segala lauk pauk pukul 11 pagi dah siap. syukur alhamdulilah. dan tetamu pun ada yang datang. Allah. ramai betul orang rumah azah pagi tu. maafkan azah kalau tak sempat terlayan. hehee. terkadang tu tak tahu pun siapa yang bagi hadiah, tup tup hadiah dah ada atas meja. dari geng geng KPMIM, geng geng sekolah rendah, geng geng sekolah menengah, cikgu-cikgu dan ada juga wakil dari pejabat pendidikan daerah yang datang. Allah. terharu sungguh! :D


pukul 2 petang, azah dah standby menunggu sang putera datang di khayalan. ecewah gitew, hari persandingan azah dimakeupkan dari bridal. makeup yang cantik dan superb. serious lawa. sama lawa dengan makeup hari akad nikah. azah ni dah lah tak berapa cantik tapi bila dapat makeup macam tu, wallah. simple and nice looking orang putih kata. hehee.


pukul 230 tetamu sebelah sana sampai dan waktu ni azah kena sambut suami di hadapan rumah. hehe. rumah azah ni dah lah betul betul tepi jalan. so bila ramai orang yang berarak, terpaksa ada polis trafik yang jaga trafik stopkan kejap. seolah jammed sekejap depan rumah azah. hahaa. macam puteri kayangan sungguh :P


lepas azah bersalam dengan suami, kami naik di pelamin. time ni, ramai saudara salam tangan dan bagi duit. kalau istilahnya panggil "salam kaut" kot. azah pun tak sure. tapi kalau kelantan orang panggil istilah "ngennar". time "ngennar" ni seolah macam menyambut ahli keluarga yang baru macam tu. dan duit "ngennar" ni diberikan sepenuhnya kepada pengantin perempuan. hikhik. boleh topup duit masuk dalam tabung haji kan :P hasil dari "ngennar" tu azah dapat hampir 3K. hehe. terima kasih semua. budaya "ngennar" ni azah dan suami kena repay balik waktu anak perempuan/kakak/adik perempuan kahwin. haa. so kena perhatikan betul-betul siapa yang salam kaut ni :D lepas daripada salam salam tu, kami pun bergambar la. dah kahwin kan. dah halal kannn :P apa lagii bergambar la. haha. nasib baik upah photographer RM0 je :P o boleh bergambar unlimited. haha



majlis rumah azah tamat dalam pukul 7 macam tu. maghrib memang tinggal satu dua orang je yang datang :) alhamdulilah majlis persandingan berjalan dengan lancar. malam tu, azah dengan suami hantar suhaila ke stesen bas sebab su akan balik ke kajang dah. time ni nangis lagi. haha. dah lah waktu salam dengan fatimah dan hidayah pun dah tersesak-esak atas pelamin tuuu. nasib baik suami ada kat sebelah dok suruh kita sabar sabar. haha. yelah kan, dulu tidur sebantal, makan setalam, kongsi makanan, kongsi cerita, share masalah, menangis sama-sama, jatuh sama-sama, gembira sama-sama.



ada satu ketika tu, azah betul-betul down. fatimah down. suhaila pun down. kami bertiga je roomate time tu. lepas suhaila siap je solat, azah terus peluk suhaila. fatimah pun peluk jugak. Allaaaah. waktu tu kami nangis sungguh-sungguh sebab stress dengan belajar. betul la kan orang cakap, bila kahwin la moment happy tapi sedih. sedih sebab roommate kita sekarang dah lelaki, bukan perempuan macam dulu. tapi nak buat macam mana kan. adat kehidupann macam tu lah :) lelaki dipasangkan dengan perempuan dan begitu juga sebaliknya. tak sabar nak berjumpa dengan fatimah, suhaila dan hidayah dalam majlis perkahwinan diaorang pula :)




MAJLIS BERTANDANG , 17 oktober

hari yang paling teruk dalam kehidupan azah. ye. hari azah dimalukan depan tetamu terutamanya depan family sendiri dan family mertua. sedih sungguh sedih. entri ni dah panjang, nanti azah sambung part terakhir ye :))



Kalau sudi baca, boleh juga baca dari awal

Part 1 : Awal Perkenalan
Part 2 : Pentingnya Restu Keluarga
Part 3 : Dugaan Bertunang
Part 4 : Prosedur Asas Perkahwinan
Part 5 : Majlis Perkahwinan
Part 6 : Pilunya Majlis Bertandang 


10 comments:

  1. Apakah sambunagn itu.. sgt curious.

    ReplyDelete
  2. @Gja hehee. jeng jeng jeng. nantikannnn :D

    ReplyDelete
  3. Pengantin dia memang kena comel ke? Hahah! Sweetnya kak Azah duduk sebelah encik suami ^^ hehhe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah & Tahniah. Selamat Pengantin baru, tho dah lps 3 bln. Moga bahagia hingga ke Jannah.

    Tunggu nx entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis :)) hehe. allahummaa amiin. tq atas doanya

      Delete
  5. Alhamdulillah.. selesai majlis rumah Azah.. semoga jodoh azah dan suami kekal hingga ke syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete